 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
IdaNizam's FotoPage
By: idanizam isafae
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[Archive]
|
|
|
|
| Monday, 21-Jan-2008 05:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BERKELAH DI ULU TAMU
|
 |
|
Acik Q-lah
|
|
 |
|
Ayong ngan Angah Mira
|
|
 |
|
Nuha ngan Mama ( kak Oya )
|
|
 |
|
Diana
|
|
 |
|
Ratna
|
|
 |
|
Angah Mira ngan Nuha
|
|
|
|
Hari Ahad, 6/1/2008 yang lepas g berkelah kat Ulu Tamu. Aku satu famili g sana ngan Kak Oya, Diana ngan Ratna. Seronok betui kat sana coz air tak le dalam sangat. Tak le merbahaya sngat untuk budak-budak. Senang nak monitor diorang. Tapi, yang tak bestnye….cuaca kurang mengizinkan….kejap panas, kejap hujan…benda-benda makan pun kejap diusung bawah bumbung….dah berenti hujan, usung balik dok dekat luar….ape-ape pun, we all esp… anak-anak memang enjoy gila…..mandi sampai tak ingat dunia…sampai kecut kaki tangan..tue pun suruh naik tak nak naik..sampaikan pacat naik kat kaki ayong baru dia nak berenti mandi…adik-adik dia ngan anak kak oya dah siap salin baju dah….apa-apa pun aku rasa puas hati sangat sebab dapat spend masa ngan diorang…dah banyak kali dah diorang request nak g mandi manda…tapi, aku tak de masa sebab sibuk dan keadaan yang kurang mengizinkan sebab musim hujan…masa nak balik tue ayong sempat cakap….terima kasih ibu…sebab bawak ayong g mandi….terharu la pulak…herewith gambar-gambar budak-budak tue masa kat sana…..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Jan-2008 10:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PROGRAM SCORE A
|
|
Apakah Score A Programme ?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Ciri-ciri Unik Score A Programme
eNotes
eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A. eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic. Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.
eTopic
eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
eAssessment
eAssessment telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.
Objektif utama eAssessment:-
1. Menyediakan pembelajaran output secara terus.
2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dgn membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
4.Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.
Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.
eTrial Exam
Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM. Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta. Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.
ePast Year Exam
ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.
eDictionary
Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa Inggeris , kami menyedikan eDictionary untuk menjelaskan makna perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil bersiap sedia untuk peperiksaan.
eReport Card
eReport Card adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.
Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
Lagipun, eReport Card merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment & eTrial Exam untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.
Objektif utama:-
1.Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik .anak.
2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Senarai Penganugerahan 100 pelajar cemerlang seluruh Malaysia Score A Programme, telah direka untuk memberitahu ibu bapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara. Hanya 100 pelajar cemerlang dari setiap subjek dan tahap akan dipamerkan. Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HELLO......
|
 |
|
My First Daughter...Aida Athirah@Ayong
|
|
 |
|
My Second Daughter....Aida Amira@Angah
|
|
 |
|
My Third Daughter....Aida Aqilah@Achik
|
| | View all 5 photos... |
|
Dah lama terfikirkan nak buat fp sendiri..selalu gak dok tanya ej..macam mana nak buat fp nie....which one better....fp ka blog...ej cakap better buat fp sebab senang...ej punya la encourage aku suruh buat...so, dok tertangguh-tangguh ja....sedar-sedar dah nak masuk setahun takde buat apa-apa gak...so, i have to wake up and move one step forward......
Untuk permulaan....let i introduce myself and my family....for my ex-classmates herewith aku sertakan gambar-gambar dotter aku untuk santapan mata korang...i'm so sorry for taking so much time untuk 'expose' kan gambar family aku.....dear friends...do contact me and aku nie dah lama rindu kat hampa esp. member-member kat St.George's Girls School, Jalan Macalister, Penang and all my ex-Uitm friends especially budak-budak rumah C11 masa kat kampus Sri Manjung dulu.
Please do put your comments and your phone numbers so that I can reach you all. Rindu tul kat hampa weh....
So, as seperti yang aku janjikan...untuk entry pertama aku nie aku publishkan dulu gambar family aku...do and hopefully you all enjoy it
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Husband....
|
|
|
Gambar-gambar nie pulak diambil masa hubby aku g memancing kat ulu tamu….tempat yang kami g mandi manda tue…dia g dah lama dah dalam 3 minggu. Lepas daripada tu baru dia bawak kami semua g berkelah kat sana. My hubby g sana 3 hari dua malam. Diorang buat bbq hasil dari tangkapan memancing diorang…tapi, dari cerita yang aku dengar….diorang makan maggie mee lebih daripada makan ikan…heeehhhehee….kurang dapat ikan le tue….nasib baik bawak maggie.kalau tak kelaparan le kat dalam hutan tue....lagi satu sejak dua menjak nie hubby aku suka sangat main remote controller helicopter....so, ada gak gambar heli dia aku selitkan kat sini. yang warna merah tue heli member dia..saje je aku selitkan sekali.....
|
|
|
|
|
|
|
[Archive]
|
|
 |
|
|
|